Saturday, 20 May 2017

KURIKULUM KEBANGSAAN

Kurikulum Kebangsaan bererti kurikulum yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran. Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum, kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Akta Pendidikan 1996

MATLAMAT
Membina dan mengembangkan kurikulum sekolah kearah peningkatan kualiti pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi.

FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah yang lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intgelek, rohani, emosi dan jasmani berdasrkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada
    1. Pendidikan prasekolah
    2. Pendidikan rendah
    3. Pendidikan menengah
    4. Pendidikan lepas menengah
    5. Pendidikan tinggi

Sekolah ekspatriat atau sekolah antara bangsa tidak termasuk dalam sistem pendidikan Kebangsaan
  1. Kategori institusi pendidikan pula ialah
  2. Institusi pendidikan kerajaan
  3. Institusi pendidikan bantuan kerajaan
  4. Institusi pendidikan swasta
Perkara penting dalam kurikulum
  1. Semua sekolah dalam sistem kebangsaan wajib menggunakan satu kurikulum yang piawaia (standard) iaitu kurikulum kebangsaan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 18
  2. Struktur dan sistem pentadbiran pendidikan kebangsaan telahpun berubah selaras dengan perlaksanaan Akta Pendidikan 1996
  3. Tugas dan tanggungjawab Menteri Pelajaran terhadap pembangunan sistem pendidikan kebangsaan telah bertambah dan bidang kuasa untuk bertindak juga kini lebih meluas.
Pendidikan Prasekolah

  1. Mengikut Akta Pendidikan 1996, pendidikan pra sekolah bererti program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun
  2. "Tadika" bererti mana-mana tempat dimana pendidikan prasekolah disediakan untuk 10 orang murid atau lebih
  3. Pendidikan prasekolah diperuntukkan dalam seksyen 15 dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana ia merupakan sebahagian daripada pendidikan kebangsaan untuk menyediakan asas yang kukuh dalam pendidikan formal kanak-kanak
  4. Pendidikan prasekolah boleh dikendalikan oleh agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) ataupun institusi swasta
  5. Agensi kerajaan yang mengendalikan prasekolah ialah Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
  6. Semua Tadika wajib menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran (seksyen 22)

Pendidikan Rendah
  1. Pendidikan Rendah bermaksud kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun , tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima (5) hingga tujuh (7) tahun (seksyen 29)
  2. Memperkenalkan satu pendekatan yang lebih luas (fleksibel) terhadap tempoh persekolahan pendidikan rendah.
  3. Tahun akhir sekolah rendah mewajibkan pelajar-pelajarnya menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) untuk lima (5) mata pelajaran iaitu
    1. Bahasa melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik
    4. Sains
  4. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dirancang untuk membolehkan murid menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).
  5. Kenaikan secara automatik ke peringkat menengah dikekalkan
  6. Tahun 1994 penilian PAFA dimasukkan dalam UPSR, PMR dan SPM - Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1994.
  7. Tahun 1997 mata pelajaran sains dimasukkan sebagai subjek peperiksaan dalam UPSR.
  8. Tahun 2002 Perlaksanaan PAFA disekolah rendah dan sekolah menengah dilaksanakan - Surat Pekeliling Ikhtisas 17/2002.
  9. Tahun 2003 pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dilakasakan dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris (EteMS)
    • Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/2002 - Perlaksanaan Mata Pelajaran Sains Tahap Satu Sekolah Rendah
    • Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/2002 - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan (SK) , sekolah kebangsaan Tamil (SJKT), sekolah menengah (SM) dan tingkatan enam mulai 2003.

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:

1. Pendidikan Prasekolah

  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

 2. Pendidikan Rendah

  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun
  • Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

3. Pendidikan Menengah
Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada:
§  sekolah akademik
§  sekolah teknik dan vokasional
§  sekolah kebangsaan agama
§  Pendidikan Lepas Menengah 
§  Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :


  • Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas
  • Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

                                                                        (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)

No comments:

Post a Comment