akses-dan-ekuiti-matematik-sivanathan.blogspot.com
http://akses-dan-ekuiti-matematik-sivanathan.blogspot.my
hemaaksesdanekuiti2017.blogspot.com
hazeljeevamalarsme6044.blogspot.com
http://sme6044sem220162017premakomarasamy.blogspot.com
jayalakshmisme6044.blogspot.my
http://profmarzitasme604420162017kemalatha.blogspot.my/
http://profmarzitasme604420162017kaviarasi.blogspot.my/
upsisme6044sem220162017groupasumathim.blogspot.my
profmarzitasme6044sem21617nurhafizah.blogspot.com
http://sme6044profmarzitasem21617nuryusra.blogspot.my/
http://profmarzitasme6044groupasem220162017.blogspot.my/?m=1
http://profmarzitaputehsme604420162017raj.blogspot.my/
https://sme6044sem220162017aishahsharikh.blogspot.my/
profmarzitaputehsem2zulfauzisme6044.blogspot.com
marzitaputehsme6044sem220162017rozita.blogspot.com
http://marzitaputehsme604420162017kayathri.blogspot.com
http://marzitaputehsme604420162017rivashinee.blogspot.my
Wednesday, 24 May 2017
Saturday, 20 May 2017
ASAS KURIKULUM
Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang
erkandung di dalamnya segala pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma,
unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk di
perturunkan kepada ahli-ahlinya. Matlamat kurikulum banyak dipengaruhi dan
ditentukan oleh matlamat hidup individu, masyarakat, negara dan dunia.
Asas Kurikulum Dilihat Dari Sejarah
§ Masa PraMerdekaan
Pada zaman pemerintahan British, Sekolah di Tanah Melayu telah dibahagikan kepada
empat aliran iaitu sekolah Inggeris,Cina, Tamil dan Melayu yang menggunakan
bahasa pengantar berbeza.
§ Masa PascaMerdekaan
Laporan Razak (1956)
yang bertindak untuk meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan
untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk
semua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum
kebangsaan, sukatan pelajarandan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
sekolah
=
Asas Kurikulum Dilihat Dari Psikologi
·
Kesediaan pembelajaran
ü Manusia sebagai objek
utama yang diberi fokus
ü Pelbagai latarbelakang
pelajar
·
Keadaan pembelajaran pelajar
ü Kaedah pendidikan
seharusnya tidak menyekat kecenderungan semula jadi kanak-kanak tetapi
sebaliknya galakkan mereka membesar dan berkembang.
ü Pembangunan manusia
·
Hasil pembelajaran
ü Output proses pembelajaran yang jelas
ü Untuk memberi
latihan tingkahlaku yang baik, pengajaran tidak sekadar berdasarkan buku dan
arahan lisan sahaja tetapi adalah daripada contoh teladan dan pengalaman
Asas Kurikulum Dilihat Dari Sosiologi
Sosial bermaksud hubungan individu dengan masyarakat dengan
persekitarannya. Budaya bermaksud kesemua ciptaan manusia meliputi peralatan,
teknologi, bahasa, kesusasteraan, musik dan seni, sains, matematik, tingkah laku
dan nilai.Asas kurikulum ditinjau dari interaksi sosial masyarakat dan budaya yang sediada dalam lingkungan masyarakat tesebut.
Asas Kurikulum Dilihat Dari Falsafah
§ Sebagai panduan dan
petunjuk rancangan pendidikan
Ø Menjadi dasar penentuan
matlamat negara
Ø Menjadi dasar penentuan
jenis kurikulum, isi kandungan dan aktiviti p&p
Ø Menjelaskan tentang
sesuatu perkara yang perlu dan tidak perlu
Ø Rujukan kepada pihak
yang ingin memahami tentang sistem pendidikan.
Ø Sebagai pertimbangan
asas ketika hendak membuat perubahan dalam pendidikan
§ Kurikulum adalah
terjemahan kepada falsafah pendidikan
Ø Tanpa falsafah sesuatu
kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas
Ø Hala tuju kurikulum
adalah bergantung kepada falsafah pendidikan
Ø Kurikulum yang
berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan
menyeluruh meliputi dimensi instrumental/sosial dan dimensi intrinsik
KURIKULUM
KEBANGSAAN
Kurikulum Kebangsaan
bererti kurikulum yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran. Suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum, kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
Akta Pendidikan 1996
MATLAMAT
Membina dan mengembangkan kurikulum sekolah kearah
peningkatan kualiti pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Memastikan
anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi.
FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Malaysia adalah suatu usaha berterusan
kearah yang lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intgelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasrkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada
Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada
- Pendidikan prasekolah
- Pendidikan rendah
- Pendidikan menengah
- Pendidikan lepas menengah
- Pendidikan tinggi
Sekolah ekspatriat atau sekolah antara bangsa tidak termasuk dalam sistem pendidikan Kebangsaan
- Kategori institusi pendidikan pula ialah
- Institusi pendidikan kerajaan
- Institusi pendidikan bantuan kerajaan
- Institusi pendidikan swasta
Perkara penting dalam
kurikulum
- Semua sekolah dalam sistem kebangsaan wajib menggunakan
satu kurikulum yang piawaia (standard) iaitu kurikulum kebangsaan seperti
yang diperuntukkan di dalam seksyen 18
- Struktur dan sistem pentadbiran pendidikan
kebangsaan telahpun berubah selaras dengan perlaksanaan Akta Pendidikan
1996
- Tugas dan tanggungjawab Menteri Pelajaran
terhadap pembangunan sistem pendidikan kebangsaan telah bertambah dan
bidang kuasa untuk bertindak juga kini lebih meluas.
- Mengikut Akta Pendidikan 1996, pendidikan pra
sekolah bererti program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat
hingga enam tahun
- "Tadika" bererti mana-mana tempat
dimana pendidikan prasekolah disediakan untuk 10 orang murid atau lebih
- Pendidikan prasekolah diperuntukkan dalam seksyen
15 dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana ia merupakan sebahagian
daripada pendidikan kebangsaan untuk menyediakan asas yang kukuh dalam
pendidikan formal kanak-kanak
- Pendidikan prasekolah boleh dikendalikan oleh
agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) ataupun institusi swasta
- Agensi kerajaan yang mengendalikan prasekolah
ialah Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
- Semua Tadika wajib menggunakan garis panduan
kurikulum prasekolah yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran (seksyen
22)
- Pendidikan Rendah bermaksud kursus pengajian pada
peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun , tetapi yang
boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima (5) hingga tujuh (7) tahun
(seksyen 29)
- Memperkenalkan satu pendekatan yang lebih luas (fleksibel)
terhadap tempoh persekolahan pendidikan rendah.
- Tahun akhir sekolah rendah mewajibkan
pelajar-pelajarnya menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian sekolah Rendah
(UPSR) untuk lima (5) mata pelajaran iaitu
- Bahasa melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dirancang
untuk membolehkan murid menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira).
- Kenaikan secara automatik ke peringkat menengah
dikekalkan
- Tahun 1994 penilian PAFA dimasukkan dalam UPSR,
PMR dan SPM - Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1994.
- Tahun 1997 mata pelajaran sains dimasukkan
sebagai subjek peperiksaan dalam UPSR.
- Tahun 2002 Perlaksanaan PAFA disekolah rendah dan
sekolah menengah dilaksanakan - Surat Pekeliling Ikhtisas 17/2002.
- Tahun 2003 pengajaran dan pembelajaran sains dan
matematik dilakasakan dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris
(EteMS)
- Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/2002 - Perlaksanaan Mata Pelajaran Sains Tahap Satu Sekolah Rendah
- Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/2002 - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dalam bahasa
Inggeris di sekolah kebangsaan (SK) , sekolah kebangsaan Tamil (SJKT),
sekolah menengah (SM) dan tingkatan enam mulai 2003.
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi
Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:
1. Pendidikan Prasekolah
2. Pendidikan Rendah
1. Pendidikan Prasekolah
- Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
2. Pendidikan Rendah
- Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun
- Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;
3. Pendidikan Menengah
Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada:
§ sekolah akademik
§ sekolah teknik dan
vokasional
§ sekolah kebangsaan agama
§ Pendidikan Lepas
Menengah
§ Pendidikan yang
disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah
dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.
Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :
- Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas
- Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
(Sumber:
Kementerian Pendidikan Malaysia)
Friday, 19 May 2017
TRANSFORMASI
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menggariskan matlamat dan hasrat pendidikan di Malaysia. Transformasi kurikulum yang telah berlaku di Malaysia sejak perubahan sistem pendidikan dari masa penjajahan ke masa kemerdekaan adalah digubal berdasarkan falsafah pendidikan. Transformasi kurikulum merupakan proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukkan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan penggurusan kurikulum di Sekolah (BPK,2010).
Perkenalan sistem transformasi kurikulum iaitu sistem KSSR ini adalah selaras dengan falsafah tersebut dimana ia telah berlandaskan untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, bertanggung jawab, keterampilan dan sebagainya.Transformasi kurikulum kebangsaan bermula daripada keputusan Mesyuarat susulan jemaah Menteri yang Pengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran Pada tanggal 23 Mei 2008. Sehubungan dengan itu, wujud satu usaha penambahbaikkan dalam sistem pendidikan negara. Sistem ini memfokuskan kepada peringkat sekolah rendah supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan cabaran semasa akan datang.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyususnan semua serta penambahbaikkan dalam persekolahan yang sedia ada. Memastikan murid-murid dibekalkan dengan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nialai yang relevan dengan keputusan semasa bagi mengharungi liku-liku masa hadpan. Fokus transformasi ini adalah kemahiran membaca, mengira,
menulis dan juga menaakul. Selain itu ia turut menekankan kepada aspek
kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi serta keusahawanan.
Kerajaan telah menjalan penanda aras dengan kurikulum
persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum kebangsaan selaras dengan
pendidikan global. Kementerian pendidikan Malaysia turut mengambil input
daripada pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Industri dan
juga ibu bapa untuk melahirkan individu yang berfikiran kreatif dan kritis,
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual melalui enam tunjang
iaitu :
- Komunikasi,
- Sains dan teknologi,
- Keterampilan diri,
- Perkembangan fizikal,
- Kerohanian dan sikap
- Nilai.
Mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kerana ia dilihat masih
relevan dan sesuai bagi melahirkan insan yang seimbang dan juga holistik. Pendekatan
yang bersepadu, pendidikan yang seksama, perkembangan individu secara
mmenyeluruh dan juga pendidikan seumur hidup.
ISU YANG DIANALISIS DARI KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bertujuan untuk
melahirkan individu yang berfikiran kreatif dan kritis, seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual melaui enam tunjang. Namun timbul
berbagai isu mengenai transformasi tersebut. Antaranya ialah sistem ini
membebankan guru dan menyusahkan untuk para penjaga mengetahui prestasi
anak-anak dan juga ko-kurikulum mereka ketika sekolah.
Malaysia memberi fokus pada penekanan tinggi dlam melahirkan
insan kelas pertama agar hasrat malaysia mencapai status negara maju tahun 2020
dapat dicapai dalam melahirkan insan kelas pertama.Institusi pendidikan
merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian dan dipandang
serius. Memberi penekanan kepada pembangunan modal insan yang cemerlang,
penghasilan pelajar yang celik minda, pembentukkan warga yang menguasai ilmu
dan kemahiran serta maklumat program membangunkan akal manusia dalam melahirkan
insan yang ulul al bab.
Antara penambahbaikan ialah buku panduan Prasekolah
Malaysia, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia,(KPK),(KSPK),(KBSR),
KBSR (semakan), (KSSR).
Isu mengenai Kurikulum Standard sekolah Rendah (KSR) telah
lama dipertikaikan. Isu ini menjadi topik hangat sejak ianya dipekenalkan lagi.
Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan pada peringkat awal
dijalankan diseluruh sekolah rendah yang terpilih. Timbul berbagai isu yang
kurang enak didengar. Kebanyakkan media sosial dan media masa turut
memperbesarkan mengenai isu-isu yang timbul bagi mendapat perhatian kerajaan. Pada
masa yang sama, ramai warga pendidik serta keluarga penuntut telah memberikan
pelbagai pendapat serta langkah-langkah penyelesaian tentang isu-isu yang
berbangkit ini.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) memberi peluang yang sama rata kepada para pelajar untuk
menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran. KSSR menyediakan pengetahuan dan juga
kemahiran yang diperlukan oleh setiap pelajar sebagai asas untuk mengharungi
kehidupan . Sistem ini menyusahkan untuk para penjaga mengetahui prestasi
anak-anak dan juga ko-kurikulum mereka ketika disekolah. Sistem ini turut
memberikan para guru beban dimana mereka terpaksa menyediakan dan menyemak
evidens yang banyak.
CADANGAN PENYELESAIAN ISU
Guru-guru sekolah rendah diwajibkan untuk menghadiri kursus.
Kursus ini menerangkan dan menekankan peranan mengenai KSSR dengan lebih dalam
dan terperinci lagi. Para guru perlu mewujudkan suasana yang seronok ataupun
menarik dan tidak berorientasikan hanya kepada peperiksaan semata-mata. Isu yang
timbul mengenai penggunaan ICT turut diambil berat. Oleh itu, kerajaan telah
mengambil drstik bagi membekalkan komputer bagi seluruh sekolah bandar dan juga
luar bandar bagi mengimbangi penggunaan ICT.
KSSR ini digubal dalam pernyataan standar yang mempunyai
standar kandungan dan pembelajaran yang patut dicapai oleh murid dalam satu
tahap persekolahan. Pendidikan seksama untuk semua murid turud menjadi prinsip
KSSR. Prinsip ini menjadikan peluang yang luas dan seksama kepada setiap murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)

